Friday, July 4, 2014

The Day..




Assalamualaikum !

Memandangkan malam ni tangan aku ringan untuk update blog, apa kata aku nak share sikit gambar my bro's wedding. Ekeke.
It's just look liooooke a dream mehh?
*burrshhh* (siram air kat muka) *___*


Enjoy the photo !

*krikkk kriikkkkkk*

Alamak ! Gigi separuh-separuh je..

 La sista te amor.. ?_?
 La sita te amor..

Pegang monopod macam nak pukul orang kate kau. Ekeke







 Semua dah keluarkan senjata masing-masing










Ada lagi gambar sebenarnya,. Tapi.. Lenguh ar tangan nak pilih satu-satu.
Hahaha..
Ok bye !
Salute !
Berjumpa lagi kita di entry yang akan datang.. *JengJengJeng*
InsyaAllah.
Assalamualaikum.

Gtg,
Love, Nora :)=

Thursday, July 3, 2014

Hai, Lama Tak Jumpa

Assalamualaikum, dan selamat malam diucapkan kepada para readers yang tengah berblogwalking.

Ok, lupakan.
Sebelum tu, aku nak ucapkan SALAM RAMADHAN untuk semua umat islam walau dimanapun mereka berada.

Rasa macam,.. Dah lama pulak aku tak update blog kan?
Last hari tu bulan April masa birthday aku. Jadi malam ni, aku nak kongsi sedikit sebanyak tentang aku. Eh? Ada ke yang sudi baca? HAHA
Ke aku yang syok sendiri? -_-


Sebelum tu, but first, lemme take a selfie ! Bhaha :D



Baik lah. Berbalik kepada tajuk. Lama tak jumpa. Ya. Benar. Memang sudah lama kita tidak bersua melalu laman sesawang ini. sampai-sampai aku pun rasa macam nak demam dah sapu habuk-habuk kat blog aku nih. *hacummmm* *hacummm*


Memandangkan sekarang bulan puasa, aku sekarang takde lah sibuk mengalahkan perdana menteri. Cuma malam ni aku rasa free dan laptop pun tak meragam ye dak?
Rasa ringan je tangan ni nak menaip. Tapi, kalau cikgu suruh buat karangan 360 patah perkataan.. Memang satu idea pun tadakk ! 


1 Ramadhan 1435h.
Hari tu. Aku demam. Jatuh pada hari permulaan puasa. Memang aku gagahkan diri aku supaya puasa je. Malas ar nak ganti. Jadi, sampai sekarang masih ada sikit-sikit demam tu. Urghhh.. Sungguh aku benci padamu.
Badan aku panas tak tertahankan. Ok aku redha.. Tapi, yang aku tak puas hatinya bila demam ni tinggalkan effect dia yang paling aku tak suka. 
Suara aku jadi rock ok? Sampai sekarang tak sembuh-sembuh.. Jenuh aku melayan kerenah classmate yang suka mengata aku yang suara jantan aku keluar. Haihh.. Boleh pulak. 


Aku cuma nak korang doakan aku cepat sembuh. Tapi ustaz ada cakap,..
"Demam ni boleh mengurangkan dosa-dosa kecil kita dan ujian yang Allah bagi. Jadi, ucaplah Alhamdulillah kerana Allah telah mengurangkan dosa-dosa kecil kita dengan bagi kita demam,. Wallahualam." 

Gtg,.
Love, Nora :)=

Thursday, April 17, 2014

5 April 2014

Assalamualaikum pembuka bicara.

5 April ? Ada apa dengan 5 April?
Nak dijadikan cerita.. 5 April adalah tarikh lahir aku la. *Wei. sedih doh aku korang tak ingat.*

Aku hidup dah lebih kurang 16 tahun. Dalam umur yang ke-16 ni.. Aku bersyukur sangat-sangat kerana aku masih boleh bernafas dan melihat alam ini. Terima kasih Allah.





Dalam hidup ni mesti la ada suka dan duka, pahit dan manis, masam dan masin, mendung dan cerah. Eh? Melalut pulak dah. Aku tak tahu kenapa, aku boleh terfikir yang aku ni dah 'matured' ehem! Aku ulang sekali lagi, 'matured'!

Selama 16 tahun aku hidup ni, macam-macam dah perkara yang aku lalui. Banyak dah pengalaman yang aku dapat selama 16 tahun ni. Belum lagi kalau umur aku 20? Pengalaman belajar, pengalaman tentang kehidupan..
Bagi aku, kesemua pengalaman tu la yang menghidupkan kita. Pengalaman yang sering menyedarkan kita bahawa dimana tempat kita berdiri sekang. Jadi, fikir-fikirkanlah.

********

Pengalaman dalam keluarga.
Aku dapat rasakan kasih sayang daripada keluarga aku sama ada orang tersayang yang di rumah ataupun di hutan... *krikk kriikk

Persahabatan.
Persahabatan aku pulak macam biasa la. Oleh sebab aku ni jenis yang 'peramah', eh. Peramah ke? Ah, lupakan! Oleh kerana aku ni jenis yang agak suka berkawan, jadi tak ada masalah la pasal persahabatan aku ni. Alhamdulillah so far, aku masih lagi ada fungsi dalam persahabatan kami. Tak la aku jadi tunggul. Ye dak?


Pada angka 16 ni jugak, sebelum ni aku dah kenal dan jumpa ramai orang. Bak kata pepatah, ramai orang, macam-macam la ragamnya. Aku bersyukur aku boleh membezakan antara mana yang baik dan yang buruk, yang talam dua muka tiga muka semuanya ni.. Memang aku dah dapat scan. Jangan risau.
Hahaha.

Mungkin orang yang mengenali aku di realiti terkadang menganggap aku ni sombong. Maaf ! anda tersesat dan terpesong yang amat jauh sekali dari landasan. Aku bukanlah seorang yang sombong. Kalau jumpa pun, aku akan perhatikan anak mata orang tu. Tapi, kalau orang yang kita kenal tu langsung tak pandang kita, adakah kita berhak digelar sombong?


Apapun, aku tetap dengan hidup aku yang slumber vadarkk nye ini. Orang tak kisah pasal aku, aku tak kisah pasal orang. Aku jenis malas nak ambik tahu. Nanti orang cakap jaga tepi kain lah luar kain lah dalam kain lah.. Er.. Lantaklah semua. Janji aku bahaga dengan orang yang masih sudi berada di sisi aku saat aku susah dan senang.




*Hidup ini ibarat suatu perjalanan. Ia bermula tanpa pernah dipinta, dan ianya akan berakhir tanpa diduga. Siapa sahaja yang hidup, pasti akan menemui kematian. Kehidupan pasti akan berakhir jua suatu hari nanti... -anonymous*

Adios ! Semoga berjumpa lagi jodoh kita di lain entri ! ;-)

Saturday, March 1, 2014

Apabila Kesibukan Dunia Datang Memanggil..

Assalamualaikum halo halo haiii! ! Wassup? How are you today? Yes you! The person who sitting in front of laptop that reading my entry maybe? Haha..


Okeh. Berkenaan denga tajuk.. Cewah. Walewalewaa.. Tajuk entry tak boleh blahhh kali ni. Gua ada satu fakta nak bagitau sama lu.. Gua taip entry ni guna telefon yang tak seberapa nak canggih cenggitu. Haha.. *dengan bangga*


Memandangkan harini 1 Mac 2014, wa nak cerita sikit pasal wa punya life. Haha. Speaking london uolls. Sejak wa masuk tingkatan 4 ni.. Wa amik aliran sains. TAPI! Bukan sains tulen yaa, wa amik sains reka cipta. Wa sebenarnya tak bakat dalam 'mereka cipta'. Kalau melukis, wa cuma tau melukis olang lidi saja ma. Haa. Hebat tak wa?? Wa ni anak arkitek. Biasa la tu..



Sejak 2014, wa semakin sibuk dengan gaya hidup kini. Tiap hari ada kerja rumah cikgu wa bagi.. Kadang kadang wa buat, kadang kadang tak buat.. Kadang kadang tak tahu buat. Cara penyelesaian? Tiru jawapan kawan dalam kelas. Lebih lebih lagi kalau addmath, kimia dan mathmod. Tu je. Yang lain wa try buat sendiri. Kehidupan wa tak la seperti mana kehidupan lu orang.



Masing masing ada kehidupannya sendiri. Tak semua kita sama. Hanya perlukan kita yang mencorak kehidupan kita. Jangan biarkan orang lain yang mencorakkan. Sebab, kalau orang lain yang buat, wa gelenti corak wang dia buat ta cantik punyalah!!
Sekian. Salam bulan baru. Bulan Mac. Mulakan harimu dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim..:)
"Let tomorrow be your second chance to prove that you are better than today and yesterday."


Jari Menaip Apa yang Terbuku di Hati

Andai aku lebih mengenalimu daripada dia.. Pasti sekarang kita sudah mengecapi bahagia. Bahagia dalam rasa yang sebenar-benarnya. Aku tahu.. Kau dan aku mungkin tidak akan bersatu. Tapi percayalah. Takdir itu pastu ada. Jika engkau memang ditakdirka untukku.. Janganlah engkau menolak takdir. Tiada sesiapa yang boleh terlepas daripada takdir kecuali dengan izin-Nya. Aku tahu. Aku bukanlah apa yang engkau idam-idamkan. Aku tahu. Aku hanya seorang yang menggunakan sneakers tetapi dia menggunakan high heels. Aku tahu. Aku tidak sama taraf dengannya. Siapalah aku dimatamu? Aku hanya insan yang lemah. Yang tidak berdaya dan tidak punya apa-apa.

Fuuhhh~~ entah apa yang aku taip pepagi buta ni? Hahaha.. Ini semua poyo. Merapu semata mata. Harap maklum.