Friday, April 15, 2016

Kerana Kau

Assalamualaikum.
14 April 2016. Harini keluar keputusan Tingkatan 6. Mesti banyak lepasan SPM 2015 excited nak tunggu keputusan ni. Termasuklah aku.

Beberapa bulan sebelum keputusan dikeluarkan dulu, aku ada bagitahu kawan sekelas aku yang kami akan sekelas lagi bila berada di Tingkatan 6 nanti. Jadi aku panggil dorang 'my future classmate'. Kemain lagi dorang gelakkan aku. HAHA

Tapi dalam hati aku masa tu aku betul betul memaksudkannya. Tapi, bila keputusan Tingkatan 6 dah keluar pukul 1230 tengahari tadi, aku dengan bangganya taip sms pastu hantar ke 15888. Well, nak tahu keputusan kan.

Beberapa minit lepas tu sms pun masuk dalam inbox phone aku. Aku terkejut. Aku terkejut bukan apa.. Aku terkejut sebab aku dikejutkan dengan jurusan yang ditawarkan kepada aku. Aku dapat jurusan Sains. Tak seperti yang aku harap harapkan sebelum ni. Aku berharap agar aku dapat jurusan kemanusian pastu dapat la aku sambung dekat sekolah lama. Tapi.. everything has changed sejak dapat sms tu.

Seharian aku takda mood. Tak tahu pulak kenapa. Aku ingatkan dah lepas Tingkatan 5, aku terlepas dari killer subject semua tu. Kimia, Biologi, Addmath..cuma Fizik je aku tak ambil dulu sebab aku ambik subjek Reka Cipta.

Tapi entah kenapa, hati aku kuat mengatakan yang aku kena ambik jugak tawaran tu. Jurusan sains. Tak tahu kenapa..hmm.. Mungkin aku dah memang berjodoh dengan sains? Hahaha

Apa-apa pun, tengok la nanti macam mana..berserah pada takdir jelah. Istikharah? In Shaa Allah..
Kita hanya mampu merancang. ALLAH yang menentukan. Kalau kita memang niat nak belajar, kenapa tidak?? Tiada yang mustahil kalau kita memang dah niat dan ada walaupun sekelumit keinginan di dalam diri. Adios ~☺

Tuesday, February 17, 2015

4C & 5C

hai, assalamualaikum uolls. rajin pulak itew nak mengupdate blog ye malam ni.
mentang-mentang la cuti CNY seminggu jadi aku memanfaatkan cuti dengan sebaiknya. eceh. *ayat klise gila kot*


memandangkan cuti seminggu ni tak jumpa classmate yang gila-gila tu, jadi, malam ni aku nak story-mory la sikit pasal dorang. kang ade yang rasa maca tak wujud lak jadi kawan aku. eh. ade ke?
hahahahahaha... lantak la!


eh tetiba lak ada gambar ni muncul. argghh. mesti korang menyampahkan. hahahaha..well.. sukahhati i la blog i kan.. 


sebelum aku nak bermukadimah, aku nak cerita sikit la pasal life aku dari 2014-2015 ni.


aku kan pernah cerita pasal result aku yang tak berapa nak okey sangat. so, form 4 aku masuk kelas C.
aku ingatkan nak masuk kelas A tak pun kelas B.
aku pun tak tahu kenapa mungkin sebab dah biasa masuk kelas depan kot. *tinggi hidung*


tapi lain pulak bila form 4 ni.. aku masuk kelas C tanpa diduga. oh sadisssnya.... mungkin ni la zaman kejatuhan aku rasanya. korang jangan ingat Melaka je ada zaman kejatuhan. life kita pun ada zaman2 ni. 


first masuk kelas memang la tak kenal semua classmate. tapi ada la sorang dua aku kenal sebab dorang memang kawan aku n classmate aku masa menengah rendah dulu. 
mula2 aku jadi nerd. senyappp je memanjang. takde kawan kan. duduk pun diantara jejaka-jejaka dalam kelas sebab aku duk tengah-tengah. so kat tepi aku semua lelaki. baris depan lak tu. 
pasrah je la kan..


beberapa bulan pas tu pulak...

aku pun tunjuk belang. dah mula 'ngam' ngan dorang ni. huuargghhahahahaha *gelak jahat*


ni la gambar kelas kiteorang. dorang ni kadang2 annoying gila..lucu, hot tempered pun hadooo bak hang. hahaha..radio bergerak,.. macam3 lagi. kalau aku nak bukak kitab sampai esok le tak habis jawabnyer. gambar ni masa Cikgu Fong sit in bulan lepas. 




 muka semua tak boleh blahh



 *fly kenyalang fly, fly high*

ni pulak gambar last year. masa hari terakhir persekolahan. sama gak pinjam cikgu punya phone. hahaha..nasib dia nak jugak ambil gambar kiteorang walaupun terpaksa...hahahaha


 *****

bila dah masuk form 5 ni pulak.. lain ceritanya.
aku dah boleh terima kenyataan yang hidup kita ni macam roda. kadang diatas, kadang dibawah, kadang tersekat di tengah2. eh.


untuk berjaya, aku mesti belajar. dapat catch up semua apa yang cikgu ajar dalam kelas. tapi aku paling lemah dah kalau masuk bab sains & matematik ni. memang nak gila. 

lagi2 la biologi dengan kimia yang ada ujian amali tuh.. fuuuhhh.. memang tak la. hahaha..
baru je hari tu kiteorang habis ujian amali. minggu depan pulak ujian semester 1. nasib la subjek sains xde kot soalan KBAT. kalau ade pon,.. ah aku kelentong jea. hahaha


nahh.. sebelum aku mengundurkan diri daripada cerita yang mengarut ni..
nikmatilah permandangan yang tak seberapa nak indah ni.. 
.
.
.
.
.
.
.
.
v


monopod alaf baru







adios!!!



Sunday, February 15, 2015

I'm Back !

Hai assalamualaikum uolls. Tajuk kemain lagi ye speaking London gittew~
Lama dah rasanya tak update blog ni. Alaa macam yang orang selalu cakap tu.. Bersawang labah-labah dah. Hmm.. Kadang-kadang aku pun terfikir jugak macam ni kut rupa blog bersawang. Sunyi je. Ditambah dengan kriikkk kriikkk bunyi cengkerik!



Haa.. Amekkau! Aku bubuh gambar astaka perhimpuan sekolah sebijik.
Kat situ la cekgu cekgi duduk tiap hari Rabu kalau tak hujan. That means perhimpuan sekolah la tiap hari Rabu.


Tak lama lagi aku akan rindu tempat ni. Beberapa bulan lagi aku blah la dari sini. sobs sobs
*eceh ayat tak bole blah betul*


Aku amik gambar ni semalam time ada latihan kawad. So, hari Sabtu kan.. Weolls bawak la henset masing-masing ye dok. Hee. Tipu la kau kalau tak pernah bawak phone pergi sekolah except kau xde phone. kan?? baik ngaku cepat!! Sebelum akak senior rampas phone kau tuh.


Dalam tahun ni aku kena kejutan budaya lak kat sekolah. Tak sedar nak espieyyem, Boleh pulak join jadi PEERS(PRS) sekolah la.. Aktif unit berunifom la. Pening ar. Tapi aku mesti la pandai bahagikan masa belajar dengan aktiviti yang tak menyihatkan ni. Haha.


Aku sebenarnya ketandusan idea nak update apa, so.. sapa rindukan aku? itew nak lanje sekeping gambar itew k.


Ahaks ahaks. Gedik gile. Ni gambar kat rumah Cikgu Shu minggu lepas.
Kayh, bubye.


Saturday, January 3, 2015

Salam 2015

Halu.. Halu.. Assamualaikum readers sekalian. Is there have any readers here?? Hahahaha.
Sekarang dah masuk tahun 2015. Ya Allah.. Tak terasa umur aku dah 17. Dulu masa aku mula-mula update blog pun masa umur aku 12. Masih kanak-kanak lagi. Ye dokk? Hihi.
Sekarang dah matured sikit. Ehem.
Lagipun dah nak SPM. Aku pun tengah risau sekarang kalau sebut pasal SPM. Aku belum bersedia lagi. Lalalal. Walupun umur dah 17 tahun tapi aku rasangai tak ubah macam masih umur 12 tahun.

Dah lama blog aku tak ter update. Nak kata sibuk,tak lah sesibuk mana. Tapi.. Memandangkan aku ni manusia yang sering kekurangan idea untuk bercerita, sebab aku ni bukanlah story teller. Jadi aku tak tahu la nak update pasal apa. Nak update pasal life aku? Mesti boring. Macam sekrang ni la. Aku bercerita. Mesti korang boring gila tahap dewa. Hahahah.

Baiklah. Sampai disini sahaja warkah patik hari ini. Patik cuma ingin mengabarkan yang patik ni masih hidup dan siat walafiat, alhamdulillah. Panjang umr, di lain hari.. Kita berjumpa lagi di dunia nyata mahupun hanya di blog patik. Khkih.

P/s: doakan patik semoga berjaya di dalam pelajaran,dan di dunia & di akhirat. Wassalam. Dan maaf kalau ada tertypo ke apa.. Aku bukannya tak tahu mengeja. Well.. Aku update ni pun guna phone. Nak upload gamar pun susah. Jadi entri ni aku buat tanpa gambar sisipan..hehe. Adios amigos!!