Friday, December 6, 2013

Pasca PMR



Assalamualaikum, dan sekali lagi saya tulis entri untuk yang ke - 2 kalinya pada hari Jumaat nan indah ini. alhamdulillah. *cewah, ada gaya ustazah tak?*
Entri kali ni lebih kepada gambar. *Eh? bukan selalu ni entri ko memang lebih kepada gambar kan zila?*


*opening picture !*


Hebat dak opening pic kali ni? Kahkahkah. *abaikan orang yang kat belakang tu.


Kalau tak silap, pasca pmr ni dijalankan sehari selepas tamatnya peperiksaan PMR. *ayat kemah keming* Pihak sekolah buat aktiviti ni tak lama. 2 minggu lebih je. Jadi, saya nak korek , gali, pastu timbus gambar - gambar pasca PMR ni kat facebook cikgu cekgi sekalian. Haha. 
*malas nak upload lettuw. Main drop link picture je*

*Day First kot kalau tak silap*
buat origami





Ni kumpulan kiteorang yang buat. Hodoh gila. Hahaha. Tapi , 
semangat kerjasama tetap ada!

*Pertandingan Makan-makan* 


ni kumpulan kiteorang. kasi ex -large sikit. :P




-Dari kiri : Hikmal, Qayum, Shaheizy, Shahirah, Siti Balqis, Kaiyisah, Zila, Haziah, Farizan, Masturina
-2 orang kat depan tu.. Ketua & Penolong : Ketua : Ayaith , Penolong : Nasuha.
FYI , kumpulan kiteorang menang untuk pertandingan makan-makan ni. Hahaha. Gembira sangat - sangat.


ni la makanan kumpulan kiterorang. WAJIB EX-LARGEkan. HAHA. Dan kumpulan yang paling banyak makanan. 



*Kraftangan Barangan Terpakai*

Kraftangan ni untuk semua cikgu cekgi kat sekolah. Kiteorang buat guna botol je pun. *sambil angkat sebelah kening tanda sombong-___-*


*Buat Ketupat Dan Kuih Penyaram*
p/s: kalau tak tau kuih penyaram, mintak ajar abang google.


gambar pembuka , mstilah gambar saya *winkwinkwink*


Haziq terkial kial nak masukkan beras. Hahaha
saya ni gelakkan orang je tahu, tapi hari tu, langsung tak anyam ketupat pun. asyik menghadap kuih penyaram tu. Hahaha







peacenowar *mukamintakpenampar!*
Cikgu Rosla. Cikgu paling ditakuti oleh pelajar perempuan yang selalu tak lipat tudung. Haha.
biladorang jumpa cikgu ni je.. Cepat-cepat lipat tudung. xD


Miss Wong ;)
Tengok tu.. Haa.. Baru hang tau !

Banyak lagi aktiviti sebenarnya, tapi.. Kita main lompat pegi ke hari terakhir. 


kami bersama kaunselor yang sudi menjayakan majlis hingga ke penghujung.

Ucapan kepada kaunselor - kaunselor sekalian : Terima kasih cikgu Shu, cikgu Syikin, dan cikgu Ain sebab sudi melayan kerenah kami yang kadang-kadang macam budak-budak ribena, hyper terlebih, dan sebagainya. Hahaha. -TQ-

No comments: